Saturday, May 21, 2011

11 Pesanan Ayah


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasaputus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.

Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.

Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.

Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

petikan dari iluvislam

Tuesday, February 15, 2011

titipan nurani, andai dia mengerti

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wednesday, December 8, 2010

talam ubi kayu microwave

this entry purposely for 'cut&paste'...

lapisan bawah

454 gm = 1 paket ubi kayu siap parut (grated casava)
200 ml santan
100 gm soft dark brown sugar
75 gm gula pasir

campur kesemua bahan diatas, kacau sebati
sapu acuan dgn mentega (acuan 1.5L empat segi)
tuankan bancuhan
tutup dgn plastik cling wrap
microwave high temp 10-13minit
buka plastik - hati2 wap panas

lapisan atas

200 ml santan
200 ml air
3 sudu makan (membukit) tepung gandum
1 sudu makan (membukit) tepund jagung
secubit garam

campur kesemua bahan, kacau sebati
tuang keatas lapisan bawah
tutup dgn plastik
microwave high temp selama 7 min

siap.... resipi dari kak munirah, Lboro :)

Friday, November 26, 2010

lets practice that 7C!!

lecture by Tariq Ramadhan at ISNA 2010 about Muslim students in the West.

interesting points to ponder (as I took it):

1. when you are practising good deeds (i.e Islam) there will always be people who are wanting to go against you. it has been repeated in the Quran about our beloved Prophet's opponents when he was spreading the Words of Allah.

2. never mind yourself being foreign, as our religion from the start was strange, and Allah had said it will remain strange till the end of time.

3.to broaden your mind!! read and read and READ!! the first word of the revelation IQRA' meant for Muslims to never stop seeking for knowledge. however, dont let ourself to be fooled by it. knowledge is not to be worship. use that as means to be better in worshipping the Almighty.

4.Muslims should go by these 7C!!
i. CONFIDENCE
ii. CONSISTENCIES
iii. COMMUNICATION
iv. CONTRIBUTION
v. CREATIVITY
vi. CONTESTATION
vii. COMPASSION

and quoted from Mr.Tariq:
"life has a meaning, and you have responsibility"

Tuesday, November 23, 2010

niat permusafiran ku..

petikan Imam As-Syaf'ie kpd Al-Rabi' (murid paling akrab dan disayangi beliau) apabila Al-Rabi' bertanya pandangan Al-Iman berkenaan keluar bermusafir..

"pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. pasti kamu memperoleh semula apa yang kamu belanjakan. hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekerja dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang.

tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya pasti akan membusuk dan mati. seekor singa di hutan tidak hanya dapat membaham mangsa apabila keluar dari sarangnya. anak panah tidak akan mengena sasaran andai tidak dilepaskan dari busurnya.

sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperolehi tempat yang mulia di tempat baru, kamu ibarat emas yang disepuh, lagi tinggi nilainya..."

reda jiwa, petikan pengubat rasa :)

Tuesday, November 16, 2010

antara pengorbananku

antara pengorbananku.

entah kenapa, penghijrahan kali ini terasa lebih berat dari setahun yg lalu. di sini ku merasa kosong. sendiri. sunyi. sepi.

mungkin baru seminggu, tak layak untuk dinilai kepayahan ini. namun, tidak dapat tidak, jurang perbezaan begitu berat terasa. entah kenapa... payah... susah... lelah...

semoga aku tidak sangsi atau ragu, dengan apa yang telah Dia kurniakan untukku. keterbatasan ilmu ku tentang masa depan, selayaknya ku titipkan diri hanya pada Yang Esa.

Ya ALLAH, ku mohon Kau hadirkan kebaikan dari penghijrahan ini. kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui. pelayaran ku dulu buat diri lebih mengenal Mu. moga kali ini, terbuka peluang untuk aku berjihad atas Asma' Mu.

tawakal ku hanya padaMu, Tuhan ku yang satu...

Friday, August 27, 2010

Rethinking Islamic Reform: Hamza Yusuf & Tariq Ramadan

conferences on the challenges faces Muslim in today's world.
the conference held in Oxford University by the Oxford University Islamic Society.

listening to Sheikh Hamza and Prof. Tariq really makes you think!

link to the video: rethingkingislamicreform.co.uk

:: seek :: learn :: educate ::