Tuesday, November 23, 2010

niat permusafiran ku..

petikan Imam As-Syaf'ie kpd Al-Rabi' (murid paling akrab dan disayangi beliau) apabila Al-Rabi' bertanya pandangan Al-Iman berkenaan keluar bermusafir..

"pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. pasti kamu memperoleh semula apa yang kamu belanjakan. hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekerja dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang.

tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya pasti akan membusuk dan mati. seekor singa di hutan tidak hanya dapat membaham mangsa apabila keluar dari sarangnya. anak panah tidak akan mengena sasaran andai tidak dilepaskan dari busurnya.

sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperolehi tempat yang mulia di tempat baru, kamu ibarat emas yang disepuh, lagi tinggi nilainya..."

reda jiwa, petikan pengubat rasa :)

No comments: