Tuesday, June 22, 2010
Thursday, June 10, 2010
Saturday, June 5, 2010
Wednesday, June 2, 2010
isu Palestine dan al-Aqsa
satu tarikh keramat yg kita lihat telah berjaya (dgn harapan) mengubah pandangan masyarakat dunia tentang kekejam israel yg bertunjang kn kakitangan rejim zionis. tetapi bagaimana cerita itu bermula?
timbul kesedaran utk berjuang demi palestine, hampir sejak sebulan yang lalu. utk tahu apa dasar perjuangan kita, perlu lah kita tahu sejarah disebalik apa yg bakal kita perjuangkan, kan? jadi ingin dikongsi disini, ilmu yg tk seberapa, hasil daripada usrah yg diperoleh dibumi Loughborough ini..
apa ada di Palestine, sampai perlu sgt kita perjuangkan dan bebaskan tanah itu dari cekaman tentera zionis?
di bumi Palestine, Baitulmaqdis, terletak nya Masjid al-Aqsa. semua tahu apa itu Masjid al-Aqsa, tapi sejauh mana pengetahuan itu? tahukah apa signifikasi Masjid ini pada umat Islam? berdasarkan buku 40 al-hadith concerning Masjid al-Aqsa m/s 5, kepentingan Masjidil al-Aqsa antaranya:-
1) Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam (Ka'abah adalah kiblat ke-2)
2) tempat persinggahan Rasulullah dlm persitiwa Isra' Mi'raj
3) rumah kedua Allah (rumah pertama adalah Ka'abah)
4) tanah dimana ramai nya nabi2 dan para sahabat dikebumikan. bumi para nabi yang penuh barakah
5) satu2 tmpt di muka bumi ini dimana Rasulullah s.a.w mengimamkan solat berjemaahkan para rasul lain (salah satu mukjizat Allah s.w.t)
6) disebut dalam al-Quran sebanyak 70 kali (menunjukkan kepentingan al-Aqsa pada umat Islam)
antara permusafiran yang dituntut oleh Allah selepas Masjidil-Haram dan Masjid al-Nabawi adalah Masjidil-Aqsa. (hadith Sahih Bukhari, Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud)
"..solat di Masjidil-Aqsa bersamaan 500 kali solat di masjid selainya, kecuali Masjidil-Haram & Masjid al-Nabawi..." (hadith al-Tabarani, al-Bayhaqi & al-Suyuti)
sedarkah kita situasi terkini Masjid al-Aqsa?
1) dalam genggaman rejim Zionis (bukan pegangan Islam spt yg sepatutnya)
2) lebih parah lagi, Masjid al-Aqsa hendak dirobohkan bagi membina the Second Temple utk yahudi. (bancaan lanjut di The Furthest Mosque)
sanggupkah kita melihat salah satu dpd 3 masjid utama ummat Islam di robohkan???!
apa yang boleh kita lakukan dlm kapasiti kita yang terhad ini?
memetik seorang teman di sini yg mempunyai seorg sahabat Palestin sama2 menuntut.. "mereka di Palestine tk minta simpati atau bantuan dr umat Islam lain. apa yang mereka minta hanya lah doa dr saudara2 seIslam, mendoakan kekuatan mereka mempertahankan tanah suci Allah itu.." mashaAllah..
diibaratkan, mereka di Palestine spt barisan hadapan dalam perang menentang musuh2 Allah..
selemah2 tindakan kita adalah berdoa utk mereka.. tetapi jika kita hayati hadith Rasullullah ini:
Maymunah bint Sa'd relates that she asked the Prophet. "O Prophet! inform us about Baitulmaqdis" He said, "Visit it for prayer". She further asked, "If one of us cannot visit it, what should we do?" He said, "If you cannot go for prayer then send some oil to be used in its lamps; whosoever gives oil for its lamps, it will be as if he has prayed in it". -Imam Ahmad, Ibn Majah, Sunan Abu Dawud and al-Tabarani.
menderma walau sepuluh sen, jika niat ikhlas utk "menyalakan lilin dalam Masjidil-Aqsa" sama seperti kita telah bersolat di sana.. dan satu solat di Masjidil-Aqsa bersamaan 500 solat.. tak nak ke kita rebut peluang ni??
bersambung....
Sunday, April 4, 2010
Kalam ALLAH
alhamdulillah, sujud syukur atas kurnia Nya, hamba Nya ini berjaya khatam pembacaan kalam Allah(syukur kali ni bersama2 bacaan tafsir).. di akhir lembaran suci, bergetar jiwa saat lidah menuturkan kalimah2 doa ini:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan yang Mentadbir sekalian alam. pujian orang2 yg bersyukur dan kesudahan yg baik bg org2 yg bertaqwa. selawat dan salam ke atas Rasul kita, Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat2nya.
Ya Allah, Tuhan kami, terima lah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkau lah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau lah Maha Penerima taubat lagi Mengasihani. tunjuki dan bimbing lah kami kepada kebenaran dan jalan yg lurus dgn berkat al-Quran. ya Allah, kasihanilah kami dgn berkat al-Quran, dan jadikan nya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. ya Allah, ingatkan lah apa yg telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yg kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca nya pada waktu2 malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hajat untuk kami. wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
ya Allah, hiaskanlah diri kami dgn keindahan al-Quran, muliakan lah kami dgn kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dgn ketinggian martabat al-Quran, dan pakai kan lah kami dgn pakaian permata al-Quran, masukan kami ke dalam syurga dgn syafaat al-Quran, selamatkan lah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dgn berkat kehormatan al-Quran.
ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dr api neraka, dan jadikan lah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dgn limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
ya Allah, tunjuki lah kami dgn petunjuk al-Quran, selamatkan lah kami drpd api neraka dgn sbb kemulian al-Quran, tinggikan lah darjat dan martabat kami dgn sbb kelebihan al-Quran, dan hapuskan lah dosa kejahatan kami dgn sbb membaca al-Quran. ya Allah, Tuhan yg mempunyai segala macam kelebihan dan ihsan. wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan pelihara lah kami dari azab api neraka.
Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w.. serta keluarga dan sahabat2 baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yg mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yg mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yg Memelihara dan yg Mentadbir seluruh alam.
moga di terima oleh Nya, setiap satu dr tuturan kata2 ini yg serendah2nya diri memohon.. amin.

Saturday, March 20, 2010
saat pengasingan...


