Wednesday, June 2, 2010

isu Palestine dan al-Aqsa

31hb May 2010..

satu tarikh keramat yg kita lihat telah berjaya (dgn harapan) mengubah pandangan masyarakat dunia tentang kekejam israel yg bertunjang kn kakitangan rejim zionis. tetapi bagaimana cerita itu bermula?

timbul kesedaran utk berjuang demi palestine, hampir sejak sebulan yang lalu. utk tahu apa dasar perjuangan kita, perlu lah kita tahu sejarah disebalik apa yg bakal kita perjuangkan, kan? jadi ingin dikongsi disini, ilmu yg tk seberapa, hasil daripada usrah yg diperoleh dibumi Loughborough ini..

apa ada di Palestine, sampai perlu sgt kita perjuangkan dan bebaskan tanah itu dari cekaman tentera zionis?

di bumi Palestine, Baitulmaqdis, terletak nya Masjid al-Aqsa. semua tahu apa itu Masjid al-Aqsa, tapi sejauh mana pengetahuan itu? tahukah apa signifikasi Masjid ini pada umat Islam? berdasarkan buku 40 al-hadith concerning Masjid al-Aqsa m/s 5, kepentingan Masjidil al-Aqsa antaranya:-

1) Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam (Ka'abah adalah kiblat ke-2)
2) tempat persinggahan Rasulullah dlm persitiwa Isra' Mi'raj
3) rumah kedua Allah (rumah pertama adalah Ka'abah)
4) tanah dimana ramai nya nabi2 dan para sahabat dikebumikan. bumi para nabi yang penuh barakah
5) satu2 tmpt di muka bumi ini dimana Rasulullah s.a.w mengimamkan solat berjemaahkan para rasul lain (salah satu mukjizat Allah s.w.t)
6) disebut dalam al-Quran sebanyak 70 kali (menunjukkan kepentingan al-Aqsa pada umat Islam)

antara permusafiran yang dituntut oleh Allah selepas Masjidil-Haram dan Masjid al-Nabawi adalah Masjidil-Aqsa. (hadith Sahih Bukhari, Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud)

"..solat di Masjidil-Aqsa bersamaan 500 kali solat di masjid selainya, kecuali Masjidil-Haram & Masjid al-Nabawi..." (hadith al-Tabarani, al-Bayhaqi & al-Suyuti)

sedarkah kita situasi terkini Masjid al-Aqsa?

1) dalam genggaman rejim Zionis (bukan pegangan Islam spt yg sepatutnya)
2) lebih parah lagi, Masjid al-Aqsa hendak dirobohkan bagi membina the Second Temple utk yahudi. (bancaan lanjut di The Furthest Mosque)

sanggupkah kita melihat salah satu dpd 3 masjid utama ummat Islam di robohkan???!

apa yang boleh kita lakukan dlm kapasiti kita yang terhad ini?

memetik seorang teman di sini yg mempunyai seorg sahabat Palestin sama2 menuntut.. "mereka di Palestine tk minta simpati atau bantuan dr umat Islam lain. apa yang mereka minta hanya lah doa dr saudara2 seIslam, mendoakan kekuatan mereka mempertahankan tanah suci Allah itu.." mashaAllah..

diibaratkan, mereka di Palestine spt barisan hadapan dalam perang menentang musuh2 Allah..

selemah2 tindakan kita adalah berdoa utk mereka.. tetapi jika kita hayati hadith Rasullullah ini:

Maymunah bint Sa'd relates that she asked the Prophet. "O Prophet! inform us about Baitulmaqdis" He said, "Visit it for prayer". She further asked, "If one of us cannot visit it, what should we do?" He said, "If you cannot go for prayer then send some oil to be used in its lamps; whosoever gives oil for its lamps, it will be as if he has prayed in it". -Imam Ahmad, Ibn Majah, Sunan Abu Dawud and al-Tabarani.

menderma walau sepuluh sen, jika niat ikhlas utk "menyalakan lilin dalam Masjidil-Aqsa" sama seperti kita telah bersolat di sana.. dan satu solat di Masjidil-Aqsa bersamaan 500 solat.. tak nak ke kita rebut peluang ni??

bersambung....

No comments: